Wednesday, February 4, 2009

Penubuhan Kelab Futsal Putrajaya


Kelab Futsal Putrajaya telah dicadangkan penubuhannya pada bulan Oktober 2008 oleh Saudara Rusmizi Majid dan rakan-rakan dari presint 9. Ahli-ahli penaja yang mencadangkan penubuhan kelab ini kemudiannya telah mencadangkan agar ia diletakkan di bawah Kumpulan Yayasan agar lebih banyak aktiviti dapat diselaraskan dan dilaksanakan dengan lebih teratur. Program pertama yang dianjurkan oleh Kelab Futsal Putrajaya adalah Pertandingan Futsal Tertutup Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dijadualkan akan dilaksanakan pada 8 Februari 2009 di Gelanggang Futsal Kelab Komuniti Cyberjaya. Bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada 10 malam, acara penyampaian piala pusingan pertandingan ini dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

1 comment:

  1. http://kqasehmukah.blogspot.com/

    FUTSAL TERBUKA MUKAH 2012
    HADIAH RM 100k...

    · PELUANG NIAGA UNTUK PEMINJAM / PENIAGA BAWAH NAUNGAN PEJABAT TUAN

    · ACARA PESTA UNTUK SEISI KELUARGA

    · HIBURAN DI HUJUNG TAHUN ANDA


    Sila Maklumkan Ke Semua Pejabat Tuan / Untuk makluman Bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete