Monday, February 9, 2009

Tengku Adnan - "Idea bernas untuk rapatkan silatur rahim"


Putrajaya, 8 Februari 2009 - Pertandingan Futsal Tertutup Putrajaya 2009 bagi merebut Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berlangsung pada hari ini telah berakhir dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan.

Dianggarkan jumlah kehadiran pemain dan penonton adalah sekitar 700 orang dan dilaporkan bahawa tiada sebarang insiden pergaduhan di sepanjang tempoh pertandingan. Setiap perlawanan berlangsung dengan licin tanpa banyak pertikaian daripada sebarang pasukan.

Sebanyak 56 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan secara kumpulan dalam pusingan pertama seterusnya secara kalah mati dalam pusingan kedua. Pertandingan ini telah bermula seawal 9 pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Tengku Adnan menyebut bahawa idea untuk menganjurkan program ini adalah amat baik, lebih-lebih lagi bagi merapatkan silatur rahim dalam kalangan golongan muda di dalam kejiranan Putrajaya. Dalam ucapan beliau, beliau turut mengulas kemelut politik di negeri Perak dan krisis-krisis politik yang berlaku di seluruh dunia, termasuk konflik Israel dan Palestin.

Saudara Iqbal telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak Kelab Futsal Putrajaya dan Kumpulan Yayasan, mewakili saudara Tun Faisal Ismail yang berada di Pensiangan, Sabah. Dalam ucapan beliau, saudara Iqbal menyebut bahawa selepas ini akan ada lebih banyak program dilaksanakan, termasuk futsal bagi golongan wanita, pelajar sekolah dan golongan veteran.

Pengarah projek ini, Saudara Zaid menyatakan bahawa antara faktor kenapa pertandingan kali ini berlangsung dengan lebih lancar dan licin adalah kerana perancangan mengenainya telah dibuat lebih awal, iaitu lebih sebulan setengah sebelum tarikh pertandingan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad. Pertandingan ini telah dijuarai oleh pasukan 400 'A' dan naib johan adalah pasukan Mineral Water. Tempat ketiga disandang oleh pasukan Kasturi 'A', manakala tempat keempat adalah pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Johan bagi pertandingan ini telah menerima Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, medal dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000. Bagi naib johan, tempat ketiga dan keempat, setiap pasukan menerima medal dan wang tunai sebanyak RM 700 bagi naib johan, RM 500 bagi tempat ketiga dan RM 300 bagi tempat keempat.

1 comment:

  1. MAKLUMAT PROGRAM

    Penganjur : Karnival Futsal Anak Muda Malaysia bersama Hari Kerjaya dan Pendidikan

    Pengarah Program : Muas Mo Event Management(017 202 8208)

    Tema : Anak Muda 1 Malaysia

    Tarikh : 2 Oktober 2011

    Masa : 9:00 pagi – 9:00 malam

    Tempat : U One Futsal Sport Center, Bandar Baru Klang

    Bilangan Peserta : 125 Penyertaan

    Tempat Mendaftar : U One Futsal Sport Center, Klang
    Yuran penyertaan : Lelaki RM 230 Setiap Penyertaan

    : Wanita RM190 Setiap Penyertaan

    : Bwh 12 Thn RM130 Setiap Penyertaan



    TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 26 SEPT 2011



    Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah
    1. Hadiah Lelaki
    1st RM5000
    2nd RM 3000
    3rd RM1000
    4th RM 500
    5ft RM200
    6th RM100
    7th Hamper
    8th Hamper


    Wanita
    1st RM 4000
    2nd RM 2000
    3rd RM1000
    4th RM 500
    5th RM200
    6th RM100
    7th hamper
    8 th hamper


    Bwh 12
    1st RM2000
    2nd RM500
    3rd RM300
    4th RM200
    5th RM100
    6th RM100
    7th hamper
    8th hamper

    ReplyDelete